HA..HA..KARPAL SINGH BELUM MATI PUN..

PEMILIHAN PAS.SIAPA SEBENARNYA MENANG?!!...Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan :: NEGARAWAN NEGARA TUN MAHATHIR MOHAMED



Saturday, 2 July 2011

MAJLIS SYURA' LEMBU DAN KUDA..



Pada suatu masa, Ahli Majlis Syura Ulama' (AMS) sebuah parti sedang bermuzakarah bersama tok guru mudalilnya. Tok Guru mengemukakan persoalan bagi melihat keserasian antara fikrahnya dengan Ahli Majlis Syura parti.

Tok Guru bertanyakan soalan pertama, "Bagaimana nak masukkan seekor lembu ke dalam peti sejuk?"

AMS 1 menjawab, "Tok Guru, lembu itu besar, tak boleh masukkan dalam peti sejuk yang kecil."

Balas Tok Guru, "Dalam soalan tadi tidak diberitahu saiz sebenar peti sejuk. Ia boleh jadi sebesar kapal kontena. Juga tidak diberitahu mengenai kekuatan sebenar antum untuk mengangkat lembu tersebut. Sepatutnya kamu menjawab, buka pintu peti sejuk, masukkan lembu dalam peti sejuk dan tutup pintu peti sejuk. He..he..he..(gelak Tok Guru dalam hati)."

Tok Guru kemudiannya bertanyakan soalan kedua, "Bagaimana hendak masukkan kuda pula dalam peti sejuk?"

Sambil tersenyum AMS 2 terus menjawab, "Senang saja. Buka pintu peti sejuk, ambil lembu, masukkan kuda dalam peti sejuk dan tutup pintu peti sejuk. (Sambil berkata dalam hati, terkena juga Tok Guru aku ni)."

Tapi Tok Guru membalas, "Salah tu. Jawapannya ialah buka pintu peti sejuk, keluarkan lembu yang sudah beku, letak di atas lantai, pastikan peti sejuk benar-benar kosong, kemudian ambil kuda, masukkan kuda dalam peti sejuk dan tutup pintu peti sejuk. Ha..ha..ha..(Tok Guru tidak dapat lagi menahan tawanya)."

Catatan di atas merupakan satu tamsilan bagaimana seorang tok guru mengemukakan persoalan 'luar biasa' kepada AMS. Tujuan tok guru berkenaan untuk melihat tahap kreativiti barisan 'think tank' yang dipilih oleh partinya, berfikir dan bertindak dalam penyelesaian masalah.

Menurut Campton et al (2005), "Masalah adalah merujuk kepada satu keadaan, situasi atau pengalaman yang boleh memberi kesan kepada ketidakseimbangan dan ketidakselesaan individu mahupun kumpulan manusia dari aspek emosi, pemikiran, tindakan dan fizikal."

Analogi permasalahan di atas adalah manifestasi masalah 'luar biasa' yang kini sedang dilakukan Bapak ANUar Bin Ibrahim.

Mungkin tiada siapa menyangka bahawa seorang bekas presiden sebuah pertubuhan belia Islam yang kelihatan warak dan alim boleh terlibat dengan kes meliwat pemandu dan pembantu peribadinya?!

Mana mungkin kononnya rakyat akan terpedaya dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang petah berkhutbah di mimbar masjid tetapi boleh pula terlibat dalam kes zina bersama 'China Doll'?!

Bagaimana mungkin manusia yang ditabalkan 'ANUgerah tuhan' oleh bininya sendiri boleh menganut fahaman pluralisme dan menyokong aktiviti murtad dikalangan orang Islam?!

Dan bagaimana mungkin seorang makhluk madani yang dikatakan seimbang fakulti insaniahnya boleh menjadi seorang agen yahudi yang ingin melihat perpaduan dan keamanan negaranya sendiri musnah?!

Jadi siapakah 'think tank' yang mampu memBERSIHkan semua dosa dan menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh 'ANUgerah tuhan' ini? Siapa pula yang akan menyediakan hujah-hujah, nas-nas Al-Quran serta hadis bagi menyakinkan ahlul partinya bahawa 'ANUgerah tuhan' ini kononnya telah dikonspirasikan?

Maka jawapannya tak lain dan tak bukan ialah tok guru bersama barisan 16 orang Ahli Majils Syura Ulama'nya yang sedang berjuang bersungguh-sungguh semenjak kebelakangan ini semata-mata untuk mempertahankan manusia 'ANUgerah Azizah'...eh silap..."ANUgerah tuhan'.

Justeru, saya terpanggil untuk menyarankan kepada 16 orang Ahli Majlis Syura Ulama' parti pembangkang supaya segera keluar daripada kumpulan tersebut dan adalah lebih baik mereka membentuk satu badan yang lebih bebas bagi menghormati tradisi ulama' dan keilmuan. Bertambah baik jika ahli Majlis Syura mena'akul semula segala perbuatan lampau 'ANUgerah tuhan' itu dari pelbagai sudut, khususnya perkara yang melibatkan masalah peribadi si ANU serta kesan tindakannya kepada agama, bangsa dan tanah air.

Hari ini kebanyakan ahlul Pas dan rakyat Malaysia amnya, hanya melihat Majlis Syura' Pas tidak lebih daripada sekumpulan ulama' yang sedang seronok diperkuda oleh seorang penzina dan Majlis Syura' Pas jelas hanya menjadi pak turut umpama lembu yang dicucuk hidungnya.

No comments:

Post a Comment