HA..HA..KARPAL SINGH BELUM MATI PUN..

PEMILIHAN PAS.SIAPA SEBENARNYA MENANG?!!...Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan :: NEGARAWAN NEGARA TUN MAHATHIR MOHAMED



Tuesday, 5 July 2011

KERANA IKUT AMBIGA, RAMAILAH ISLAM MELAYU DUNGU YANG JADI 'KILABUNNAR' (ANJING NERAKA)

“Menyertai perarakan menentang pemerintah adalah sebaris dengan dosa-dosa besar yang boleh menjejaskan iman”. 

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zabidi Wan Teh

Merujuk kepada hadis itu, beliau menerangkan bahawa dosa akibat menderhaka kepada pemerintah diletakkan sebaris dengan syirik, membunuh, makan harta anak yatim, riba dan menderhaka kepada ibu bapa. 

"Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang betul mengenai apa jua keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara".

Rasulullah SAW telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak.

"Dan berasaskan dalil-dalil jelas dalam Al-Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak (sepakat) mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardu ke atas setiap Muslim".
Sejarah dan realiti masa kini seperti yang dialami beberapa negara Islam yang terjerumus dalam kancah perang saudara, membuktikan kegiatan yang bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintah akhirnya mencetuskan suasana anarki dan kekacauan dalam negara.

Memandangkan kemusnahan yang sangat besar terhadap agama dan umat disebabkan kegiatan penderhakaan atau "bid'atul khuruj", maka tidak hairanlah golongan penderhaka digelar Rasulullah sebagai "kilabunnar" (anjing neraka).

Dalil-dalil turut menerangkan bahawa perbuatan derhaka selain daripada menjejaskan iman, juga boleh memutuskan jalan ke syurga dan menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah.

"Sayugia diperingatkan mereka yang terlibat dalam penganjurannya, bukan sahaja akan menanggung dosa perbuatan itu, tetapi juga dosa setiap orang yang mengikutnya, tanpa mengurangkan dosa pengikut tersebut," katanya.

Justeru, setiap umat Islam tidak melibatkan diri dengan apa jua bentuk tunjuk perasaan kerana ia adalah sebahagian daripada tindakan derhaka yang boleh menjurus ke arah pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan kesengsaraan masyarakat awam.


Read more: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2011/07/haram-20-peringatan-kepada-peserta.html#ixzz1RFdQGC8f

No comments:

Post a Comment